Monday, 21 December 2015
7 Soalan Penting Yang Perlu Dijawab Sebelum Memelihara Kucing
Melihat kucing yang comel di kaca televisyen dan gambar-gambar di website memang mengujakan. Namun begitu untuk mendapatkan kucing yang sihat dan comel tidaklah semudah dan secantik yang kita liht di TV.
Bagi sesetengah orang, mereka tidak kisah untuk memeluk dan memegang kucing. Bagi sesetengah yang lain pula mereka akan berasa geli-geleman apabila kucing tersebut datang dan mengesel-gesel kepala mereka di badan.
Berikut adalah 7 soalan yang perlu anda jawab sebelum memelihara kucing. Jika anda mempunyai jawapan kepada setiap persoalan tersebut, maka kemungkinan besar anda tiada masalah untuk membela kucing.
1. Adakah anggota keluarga anda bersetuju untuk memelihara kucing?
2. Adakah anda bersedia menyediakan bajet makanan dan kos rawatan untuk kucing anda sekiranya mereka sakit?
3. Bolehkah anda meluangkan masa untuk kucing anda seperti memandikan mereka, membersihkan telinga, memotong kuku dan sebagainya?
4. Kucing tidak mempunyai akal yang sempurna. Kadangkala mereka akan mencakar dan menggigit anda secara tiba-tiba. Adakah anda bersedia untuk menerima situasi tersebut?
5. Bulu kucing kadangkala akan gugur di karpet dan sofa anda yang empuk. Malah lebih teruk lagi jika mereka sakit maka lebih banyak bulu akan mengalami keguguran. Adakah anda bersedia membersihkan kawasan tersebut?
6. Sekianya anda keluar rumah atau pergi bersiar-siar, diamanakah anda akan tinggalkan kucing anda? Kepada jiran? atau biarkan sahaja di rumah?
7. Tahukah anda bahawa jangka hayat seekor kucing boleh mencecah segingga 15 tahun. Dengan jangkamasa yang lama ini adakah anda sanggup untuk membela mereka?
Sekiranya persoalan di atas sangat mudah di jawab oleh anda, maka kami ucapkan tahniah dan bersedialah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pembela kucing.
Teruskan niat murni ini hanya kerana Allah. Insya Allah anda akan mendapat pahala memelihara kucing dan rezeki anda juga akan bertambah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment