Monday, 14 December 2015

Tip Menjaga Kesihatan Kucing

Penjagaan kucing perlu bagi memastikan kucing yang kita pelihara berada dalam keadaan sihat.terutamanya anak kucing.aspek penting yang perlu dijaga adalah kebersihan dan pemakanan.

Ada anak kucing mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit dan sakit mata..mari kita kenali masalah ini supaya dapat diatasi..

Masalah Cirit-birit

Cirit birit adalah masalah najis yang tidak pejal dan berair. Masalah ini dapat diatasi dengan mengetahui punca ianya terjadi.

Antara punca-puncanya ialah:

1. Makan berlebihan
2. Makanan yang tidak sesuai (contohnya ada kucing tidak dapat menerima makanan laut seperti udang,sotong)
3. Susu yang tidak sesuai (anak kucing tidak sesuai minum susu pekat manis)
4. Keracunan makanan yang tercemar
5. Dijangkiti cacing

Masalah Cacing

Masalah cacing selalu terjadi kepada kucing jalanan kerana faktor pemakanan yang tidak sihat dan tempat yang kotor. Selalunye kucing yang menghidapi cacing ini perutnya buncit dan keras, kurus, muntah-muntah, najis bercacing.

Terdapat dua jenis cacing iaitu cacing pita dan cacing gelang. Cacing pita berbentuk seperti pita putih dengan diameter beberapa milimeter. Panjang cacing pita pada kucing boleh mencapai 70 cm.

Cacing-cacing menghisap nutrisi makanan yang terdapat di usus atau menggigit dinding usus dan menghisap darah yang terdapat di usus. Luka-luka akibat gigitan cacing dapat menyebabkan infeksi pada dinding usus.

Beberapa jenis cacing hidup dan berkembang di pembuluh darah sehingga dapat menyebar ke seluruh tubuh dan menyebabkan gangguan pada jantung, otak, hati atau organ lain.

Usus anak kucing berusia 3-4 bulan akan tersumbat jika masalah cacing nie terlalu serius, dikuatiri akan membawa maut.

Untuk mengatasi masalah nie mudah sahaja. Bagi kucing kesayangan kita makan ubat cacing yang boleh didapati di klinik haiwan atau mana-mana kedai haiwan kesayangan yang berhampiran dengan tempat anda.

P.S: Anda tidak mempunyai masa untuk memandikan kucing anda? Klik SINI untuk mengetahui cara yang mudah dan pantas untuk memandikan kucing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...