Kami pasti di luar sana ramai yang berminat dengan kucing. Keletah merek yang comel membuatkan kita terhibur dan hilang stress.
Walaubagaimanapu, adakah anda tahu kucing yang sihat sebenarnya memerlukan penjagaan yang betul? Ikuti tip-tip di bawah ini supaya kucing peliharaan anda sentiasa sihat, gebu dan ceria.
1. Mandikan kucing dengan air suam
Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu
sekali dengan menggunakan air suam, kalau guna air sejuk dia akan mengigil,
tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan
besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda.
2. Jirus bahagian ekor dahulu
Tahap kepanasan air tu biarlah suam-kuku, agak-agaklah la
si manja tidak sejuk & tidak berapa panas bila ia dijirus dgn air
tersebut... Anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus
bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga.
Telinga
si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka
pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan
tuala kecik yang telah di basahkan.
Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si
comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu
manusia)... Gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia
sebati & mesra.
Sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat
supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air. Setelah itu, bilas kembali
degan air suam hinggalah buih-buih syampu itu hilang.
Bersihkan hidung &
mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan
basah ya).