Monday, 16 May 2016

Tip Penjagaan Kuku Kucing


Kucing menggunakan kukunya untuk menangkap magsa dan juga melindungi dirinya daripada ancaman haiwan lain. Kuku yang tajam dan berbisa berbahaya kepada manusia atau pemilik kucing.

Kuku kucing haruslah di potong dari masa ke semasa. Ada orang cakap susah hendak potong kerana kucing tidak boleh duduk diam nanti takut tersalah potong pula

Jangan takut. Zaman moden sekarang ini, sudah ada pengetip kuku untuk kucing (jangan pakai nailclipper anda pula ya). Senang sahaja, anda cuma perlu tekan tapak kaki kucing tersebut, dan kukunya akan terkeluar potongkan sedikit bahagian yang tajam pada kuku tersebut.

AMARAN! jangan dipotong habis kuku kucing anda kerana perbuatan tersebut menzalimi fitrah kucing anda.

Tetapi terpulang kepada anda mahu potong atau tidak potongkan kuku kucing anda, nanti kalau dah panjang & curved... anda punya carpet, sofa mesti kena kikis.. hehehe...

===
Adakah anda tau sebenarnya ada cara yang mudah untuk memandikan kucing anda? Klik di SINI untuk maklumat lanjut
===

Monday, 11 January 2016

8 Tip Penjagaan Kucing Yang Anda Perlu Tahu


Kami pasti di luar sana ramai yang berminat dengan kucing. Keletah merek yang comel membuatkan kita terhibur dan hilang stress. 

Walaubagaimanapu, adakah anda tahu kucing yang sihat sebenarnya memerlukan penjagaan yang betul? Ikuti tip-tip di bawah ini supaya kucing peliharaan anda sentiasa sihat, gebu dan ceria. 

1. Mandikan kucing dengan air suam


Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, kalau guna air sejuk dia akan mengigil, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air  kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda.

2. Jirus bahagian ekor dahulu


Tahap kepanasan air tu biarlah suam-kuku, agak-agaklah la si manja tidak sejuk & tidak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... Anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga. 

Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. 

Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... Gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati & mesra. 

Sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air. Setelah itu, bilas kembali degan air suam hinggalah buih-buih syampu itu hilang. 

Bersihkan hidung & mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya).

Tuesday, 22 December 2015

Cara Memandikan Kucing Kesayangan Anda


Kucing harus dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali agar bulu mereka terjaga dan tidak mudah gugur. Jika anda memelihara kucing yang berbulu lebat seperti Parsi, Maine Coon, Birman, maka anda harus lebih kerap memandikannya agar bulunya kekal bersih dan tidak membentuk hairballs atau tergumpal.

Untuk kesan yang lebih baik, gunakanlah shampoo yang dijual di pet shop. Anda harus berhati-hati dalam memilih shampoo agar ia sesuai dengan kulit kucing anda.

Sebelum beli, hidulah bau shampoo tersebut kerana terdapat shampoo yang baunya kurang menyenangkan dan tidak harum.

Moga tips ini membantu anda.



P.s: Adakah anda ingin tahu cara yang lebih mudah untuk memandikan kucing anda? Anda hanya perlu sembur dan lap kan kucing kesayangan anda. Bagaimana caranya? Klik di SINI.

Monday, 21 December 2015

7 Soalan Penting Yang Perlu Dijawab Sebelum Memelihara Kucing


Melihat kucing yang comel di kaca televisyen dan gambar-gambar di website memang mengujakan. Namun begitu untuk mendapatkan kucing yang sihat dan comel tidaklah semudah dan secantik yang kita liht di TV.

Bagi sesetengah orang, mereka tidak kisah untuk memeluk dan memegang kucing. Bagi sesetengah yang lain pula mereka akan berasa geli-geleman apabila kucing tersebut datang dan mengesel-gesel kepala mereka di badan.

Berikut adalah 7 soalan yang perlu anda jawab sebelum memelihara kucing. Jika anda mempunyai jawapan kepada setiap persoalan tersebut, maka kemungkinan besar anda tiada masalah untuk membela kucing.

Thursday, 17 December 2015

Cara Murah Untuk Cantikkan Bulu Kucing Anda


Bulu kucing kadang-kadang sensitif untuk sesetengan orang. Ada yang boleh bersin malah ada juga yang boleh kena penyakit semput atau lelah.

Namun begitu, kita juga suka melihat bulu kucing yang rapi, tidak gugur dan mengerbang bersih dari kekotoran. Bagaimana untuk mendapatkan bulu kucing yang cantik dan sihat? Baca petua yang kami kongsikan di bawah.

5 tips untuk cantikkan bulu kucing anda adalah seperti berikut:

Tuesday, 15 December 2015

4 Jenis Patah Tulang Pada Kucing




















Tidak ramai yang tahu tentang patah anggota badan pada kucing. Kadang-kadang sebagai pemilik kucing, kita tidak perasan masalah kesihatan kucing terutamanya yang melibatkan patah tulang.

Kami ingin berkongsi kepada anda tentang 4 jenis patah tulang pada kucing anda. Senarainya seperti berikut:

Monday, 14 December 2015

Tip Menjaga Kesihatan Kucing

Penjagaan kucing perlu bagi memastikan kucing yang kita pelihara berada dalam keadaan sihat.terutamanya anak kucing.aspek penting yang perlu dijaga adalah kebersihan dan pemakanan.

Ada anak kucing mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit dan sakit mata..mari kita kenali masalah ini supaya dapat diatasi..

Masalah Cirit-birit

Cirit birit adalah masalah najis yang tidak pejal dan berair. Masalah ini dapat diatasi dengan mengetahui punca ianya terjadi.

Antara punca-puncanya ialah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...